fbpx

Keputusan imbas lagi Mysejahtera atau tidak diputuskan sebulan lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) memerlukan masa sebulan bagi membuat penelitian sebelum memutuskan sama ada mahu meneruskan atau menghentikan amalan mengimbas MySejahtera setiap kali memasuki premis.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pihaknya perlu melihat terlebih dahulu beberapa perkara termasuk data mobiliti penduduk dan corak jangkitan Covid-19 ketika ini.

Khairy Jamaluddin bercakap pada sidang akhbar selepas Majlis Penutup Program Pengurusan Berat Badan Bersepadu Kebangsaan MyVIFitEr 1.0 dan WOPAD 2022 di Kementerian Kesihatan (KKM), Putrajaya hari ini. – Foto FAISOL MUSTAFA

Beliau berkata, KKM juga akan melihat corak sama terutama membabitkan pergerakan pengembara sebaik pintu sempadan negara di buka pada Jumaat ini.

“Kami menjangkakan tempoh sebulan untuk melihat sekiranya berlaku perubahan pada pola mobiliti dan jangkitan Covid-19 dalam negara sebaik kelonggaran diberikan mulai 1 April ini.

“Sekiranya tiada perubahan yang ketara dalam tempoh sebulan ini, barulah kita fikirkan untuk hentikan amalan itu.

“Saya mahu lihat terlebih dahulu pergerakan dan corak jangkitan Covid-19 sebaik pintu sempadan negara dibuka termasuk kelonggaran lain terutama sepanjang bulan Ramadan nanti,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penutup Program Pengurusan Berat Badan Bersepadu Kebangsaan di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI