fbpx

41 kawasan tumpuan pelancong di Johor susulan pembukaan sempadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamarul Zaman (kanan) menyematkan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) kepada salah seorang pesara polis sempena Majlis Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) Kontinjen Johor Siri 1/2022 di Dewan Dato Onn, IPK Johor, Johor Bahru hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Polis Johor mengenal pasti 41 hotspot tumpuan pelancong yang akan diberikan tumpuan susulan pembukaan sempadan antarabangsa bermula Jumaat ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, hampir separuh daripada kawasan hotspot itu membabitkan kawasan tumpuan di bandar raya ini.

Beliau berkata, antara kawasan hotspot yang dikenal pasti itu seperti Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Bazar Karat Johor Bahru, Larkin Sentral, Johor Bahru Sentral serta beberapa pusat membeli belah dan pasar raya yang kerap dikunjungi.

“Tumpuan juga diberikan di kawasan hotspot di daerah lain seperti di Kota Tinggi yang merupakan tempat peranginan manakala di Kluang yang mempunyai tempat rekreasi di hutan serta jeti di Mersing.

“Ini termasuk di Muar dan Tangkak yang menjadi tempat tumpuan untuk membeli kain dan pakaian. Kita akan tempatkan pegawai dan anggota kita di lokasi-lokasi berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Johor 2022 di Dewan Dato’ Onn, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Johor 2022 itu melibatkan 348 penerima melibatkan 165 pegawai kanan polis dan pangkat rendah dan 183 merupakan pesara polis.

Penganugerahan itu diberikan atas penghargaan jasa mereka yang bertugas pada era darurat ketika pandemik melanda negara ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI