fbpx
KANE optimis Spurs mampu mencabar kejuaraan EPL musim ini untuk menamatkan penantian mereka selama 28 tahun. – AFP

Spurs sedia cabar kejuaraan musim ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane menganggap musim ini adalah peluang terbaik buat mereka menamatkan penantian bergelar juara Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama sejak diper­kenalkan pada 1992.

Kali terakhir Spurs merangkul kejuaraan liga domestik ketika saingan EPL masih lagi menggunakan nama Divisyen Satu pada musim 1960-1961.

Sehubungan itu, Kane, 27, menegaskan, Spurs perlu menewaskan Everton pada aksi pertama saingan EPL musim ini di Sta­dium Tottenham Hotspur malam esok bagi merealisasikan impian tersebut.

“Kami perlu mengambil tanggungjawab untuk me­mastikan Spurs sentiasa berada pa­da landasan tepat dalam usaha menjuarai saingan EPL musim ini walaupun ia tidaklah semudah yang disangka.

“Kami ada peluang untuk me­lakukannya dengan keha­diran beberapa pemain baharu musim ini. Kami sebenarnya sudah semakin hampir dalam tempoh beberapa tahun ke­belakangan ini.

“Satu sejarah baharu buat kami jika berjaya memenangi EPL. Dalam masa sama, kami juga menyasarkan untuk memenangi trofi-trofi lain,” kata­nya.

Spurs telah memperkuatkan pasukan mereka dengan mendapatkan khidmat bekas kap­ten Southampton, Pierre-Emile Hojb­jerg, Matt Doherty dari Wolverhampton Wanderers dan pemenang dua EPL, Joe Hart.

Sebagai rekod, Spurs meraih tempat kedua di belakang Chelsea tiga tahun lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI