fbpx

6 inisiatif bantu wanita hadapi penceraian, kematian suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (tengah) dan Rina (kanan) menyiram anak pokok sebagai gimik perasmian Majlis Wanita Negara sempena Sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2022 di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, malam ini. - MUHAMAD IQBAL ROSLI

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengumumkan sebanyak enam inisiatif bagi membantu wanita menghadapi proses penceraian serta menguruskan kehidupan selepas kematian suami.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selain memastikan wanita mendapat peluang dan ruang, pemerkasaan akan terus menjadi salah satu agenda penting negara.

“Antara inisiatif yang dilaksanakan adalah Penubuhan Majlis Wanita Negara (BDPS) dan Pewujudan Rang Undang-Undang Anti Gangguan Seksual (BDPS).

“Selain itu, bagi membantu wanita menghadapi proses perceraian yang panjang, Institusi Hakam di bawah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dimantapkan.

“Ini adalah bagi mengatasi masalah kes-kes perbicaraan berkaitan perceraian yang mengambil masa sehingga memudaratkan pasangan yang ingin bercerai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Wanita 2022 di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, kerajaan melalui JKSM turut memperkenalkan Akta Pembiayaan Kewangan yang mana pihak bank boleh membekukan akaun bank suami atas arahan mahkamah.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI