fbpx

Penduduk kampung berkas lelaki kebas pakaian dalam wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR ilustrasi. Lelaki berkenaan bertindak mencuri pakaian dalam wanita untuk melepaskan keinginan seksualnya. - Pexels/Karolina Grabowska

JAKARTA – Penduduk Kampung Yosomulyo, wilayah Banyuwangi di Indonesia dikejutkan dengan tindakan seorang lelaki yang mencuri pakaian dalam wanita untuk melepaskan keinginan seksualnya, lapor laman berita Suara.com.

Kegiatan lelaki bernama MIK yang berusia 24 tahun itu terbongkar apabila penduduk mengadu kehilangan satu persatu pakaian dalam yang dijemur di ampaian. 

Penduduk kampung berjaya menangkap MIK sekitar pukul 12 tengah malam (waktu tempatan) ketika suspek menjalankan kegiatannya.

MIK dilaporkan dan diserahkan ke balai polis berdekatan. Polis mengesyaki lelaki berkenaan mengalami keterdesakan keinginan seksual sehingga nekad menyasarkan pakaian dalam wanita.

“Penjenayah disyaki mengalami keinginan seksual kerana pakaian dalam wanita yang dicurinya dicium terlebih dahulu sebelum dibuang,’’ demikian laporan oleh polis.

Sekurang-kurangnya lapan seluar dalam dan dua coli dirampas.

“Kami telah mendapatkan semua bukti termasuk motosikal yang digunakan dan seluar dalam yang dicuri,” kata pihak polis. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI