fbpx

‘Trak Bomba’ buatan Gaza, dana dari Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Trak buatan Palestin yang pertama dihasilkan melalui dana dari Malaysia.

PETALING JAYA – Keperihatinan terutamanya sudut bantuan dari masyarakat Malaysia ke bumi Gaza, Palestin sebenarnya tidak boleh disangkal lagi.

Sehinggakan rakyat Palestin sendiri telah berterima kasih serta mendoakan kesejahteraan seluruh warganegara Malaysia agar diberikan kejayaan dan kemakmuran yang berterusan.

Terbaharu, pendedahan yang telah dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al-Nuri apabila trak bomba atau fire-truck pertama buatan Palestin berjaya dirasmikan.

Paling menarik adalah trak bomba tersebut dibina daripada sumbangan MyAqsa Defenders dari Malaysia.

“Fire-truck pertama buatan tempatan, di Palestin bersedia untuk berkhidmat di bumi Gaza. Memang seram sejuk apabila melihat video trak ini beraksi masha-Allah.

“Tak sangka kita boleh sampai ke tahap ini dalam khidmat kita kepada bumi yang telah dikepung ini.

“Alhamdulillah hari ini sejarah sekali lagi tercipta, kerana memang sejarah ditulis oleh tangan-tangan kita sendiri melalui perancangan yang teratur dan berkenan,” jelasnya di laman Facebook.

Tambahnya, trak pertama sumbangan MyAqsa Defenders ini akan melalui fasa percubaan dan sekiranya melepasi tempoh tersebut empat buah trak lagi akan dihasilkan sumbangan Cinta Gaza Malaysia pula.

” Tahniah Malaysia!, ” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI