fbpx
ABRAMOVICH (kiri) mungkin terpaksa melepaskan pegangannya di Chelsea selepas menerima tekanan hebat ketika ini. – AFP

Abramovich pertimbang jual Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pemilik Chelsea, Roman Abramovich dilaporkan sedia membuat pertimbangan untuk menjual kelab tersebut buat kali pertama sejak mengambil alih pasukan itu pada 2003.

Beliau dikatakan berdepan tekanan cukup tinggi selepas pencerobohan Rusia ke atas Ukraine memandangkan beliau memiliki hubungan cukup rapat dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Selain itu, Abramovich turut dikecam ekoran gagal menyatakan pendiriannya terhadap tindakan Rusia menceroboh Ukraine ketika ini.

Difahamkan, ada tiga pihak yang sudah bersedia untuk membuat bidaan bagi mengambil alih pemilikan kelab tersebut selepas Abramovich menamakan yayasan kebajikan kelab sebagai penjaga sementara.

Meskipun cuba meredakan situasi tegang di kelab dengan menyerahkan penjagaan kelab kepada yayasan kebajikan kelab, namun beliau tetap berdepan konflik apabila salah seorang pemegang taruh sedia untuk berundur.

Pada masa sama, Abramo­vich juga dijangka tidak dapat me­ngendalikan pasukan seperti biasa memandangkan Kerajaan Britain sedia untuk melakukan sekatan ke atas beliau.

Meskipun Chelsea sebelum ini menegaskan kelab itu tidak akan dijual kepada mana-mana pihak, tetapi situasi semasa menyaksikan Abramovich tidak memiliki pilihan lain dengan melepaskan pasukan kesayangannya itu.

Sebagai rekod, The Blues pernah menerima tawaran bernilai £2.2 bilion (RM12.3 bilion), namun ditolak memandangkan Abramo­vich tidak pernah berhasrat untuk menjual pasukan itu.

Beberapa media tempatan turut melaporkan Abramovich kini memainkan peranan penting untuk berunding dengan kerajaan Rusia dan Ukraine bagi menyelesaikan konflik itu secara aman. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN