fbpx

Anggota sindiket ah long simbah cat rumah pemandu lori diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara peralatan yang dirampas polis ketika penahanan tiga anggota sindiket itu di sebuah rumah pangsa di Selangor, semalam.

KUALA LUMPUR – Polis berjaya memberkas tiga anggota sindiket pinjaman wang tidak berlesen ah long yang disyaki melakukan ugutan serta menyimbah cat merah di sebuah unit kondominium di Kepong, dekat sini kelmarin.

Kesemua suspek warga tempatan yang berumur antara 34 tahun hingga 46 tahun itu diberkas oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur di sebuah rumah pangsa di Selangor, semalam.

Ketua JSJK Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Mahidisham Ishak berkata, laporan kejadian telah dibuat oleh seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori.

“Mangsa mendakwa telah diugut oleh anggota sindiket ah long yang menyimbah cat merah pada pintu hadapan rumahnya sekitar pukul 2 petang kerana lewat membuat bayaran semula pinjaman.

“Sebelum ini mangsa telah berurusan membuat pinjaman sebanyak RM30,000 melalui laman Facebook,” ujarnya dalam. kenyataan hari ini.

Menurutnya, bertindak atas laporan itu, pihak polis telah menyerbu sebuah rumah dihuni suspek dan berjaya menahan ketiga-tiga suspek.

Katanya, beberapa peralatan yang disyaki digunakan dalam kejadian itu turut dirampas.

“Siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek turut terlibat dengan dua kes lain dan mereka ditahan reman bermula hari ini hingga Jumaat ini,” katanya.

Jelasnya, kes disiasat dibawah Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjam Wang (APPW) 1951 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana telah membuat ugutan terhadap peminjam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI