fbpx
BUAT masa ini, sejadah secara pakai buang ini telah disumbangkan serta dimanfaatkan di beberapa masjid dan surau di Lembah Klang antaranya di Masjid Bukit Indah, Ampang.

Inovasi sejadah ‘pakai buang’ Qudsy kekang kluster masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Bukan satu perkara baharu, sejadah pakai buang sebenarnya telah lama dipraktikkan di beberapa negara Islam lain seperti Kuwait dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Bezanya di Malaysia, penggunaan sejadah pakai buang masih lagi baharu.

Pengasas sejadah Qudsy, Affify Khusli telah tampil dengan inovasi baharu menggunakan kepakaran bumiputera 100 peratus untuk menghasilkan sejadah pakai buang.

Secara amnya, sejadah Qudsy sangat ringan, tetapi tahan kerana ia diperbuat daripada bahan polietilena yang kukuh untuk mengelakkannya koyak ketika digunakan. Permukaan atas pada sejadah Qudsy menggunakan cellulose paper yang mana ia memberi kekuatan dan ketahanan yang baik ketika individu menggunakannya.

Baca artikel penuh di www.kosmo.com.my

 

 

SEKITAR pertengahan tahun 2020, penggunaan sejadah yang dibawa dari kediaman untuk menunaikan ibadah solat di masjid dikuatkuasakan bagi membedung penularan Covid-19.

Begitupun, selepas jumlah jangkitan dalam negara mula terkawal dan pernah merekodkan sifar jangkitan penularan tempatan, aktiviti membawa sejadah tidak lagi diwajibkan bermula 1 September 2020, namun ia tetap digalakkan.

Disebabkan masih bimbang penularan dalam kalangan jemaah, sebahagian masjid dan surau di negara ini mengambil langkah untuk terus mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) tersebut.

Tambahan pula, sejak kebelakangan ini, kes jangkitan Covid-19 meningkat secara mendadak dan mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 32,070 Khamis lalu.

Sebagai solusi, sejadah ‘pakai buang’ mula diperkenalkan sekitar penghujung tahun lalu.

Bukan sahaja selamat, fungsinya praktikal dan juga dilihat mampu memenuhi keperluan masyarakat Islam di negara ini apabila memudahkan individu untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim di surau, masjid mahupun tempat-tempat awam.

Sebagai seorang pekerja e-hailing, tugas harian melakukan penghantaran makanan dan adakalanya sentiasa berada dalam keadaan tergesa-gesa menyebabkan Zainal Ali Muhammad, 34, sering terlupa membawa sejadah bersamanya.

PERMUKAAN atas pada sejadah Qudsy menggunakan cellulose paper yang mana ia memberi kekuatan dan ketahanan yang baik ketika individu menggunakannya.

Memahami SOP sesetengah masjid dan surau yang tidak membenarkan individu menunaikan solat tanpa membawa sejadah sendiri, anak kelahiran Negeri Sembilan itu terpaksa mencari lokasi sesuai bagi membolehkan dirinya menunaikan Rukun Islam kedua itu.

“Jika bernasib baik, ada surau atau masjid yang meminjamkan sejadah mereka, tetapi ia sukar ditemui memandangkan pekerjaan saya sentiasa berubah-ubah lokasi.Kadangkala saya terpaksa meminjam daripada rakan pemandu lain.

“Sebaik mengetahui kewujudan sejadah pakai buang Qudsy, saya begitu teruja memandangkan masalah dialami bakal berakhir.

“Biarpun masih belum berpeluang menggunakannya, namun saya begitu teruja dan berharap inisiatif tersebut dapat dipraktikkan di seluruh surau dan masjid di negara ini. Ini bagi memberi manfaat kepada lebih ramai jemaah terutamanya pekerja e-hailing seperti saya,” katanya kepada K2 tanda sokongannya kepada inisiatif itu.

Bukan satu perkara baharu, sejadah pakai buang sebenarnya telah lama dipraktikkan di beberapa negara Islam lain seperti Kuwait dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Bezanya di Malaysia, penggunaan sejadah pakai buang masih lagi baharu.

Mendapat inspirasi menghasilkan sejadah pakai buang daripada pengalamannya sendiri ketika mengunjungi sebuah masjid di Putrajaya untuk menunaikan solat, pengasas sejadah Qudsy, Affify Khusli sedar masalah itu turut dialami oleh kebanyakan individu di negara ini.

Ditambah pula dengan kluster masjid yang melibatkan jangkitan virus dalam kalangan para jemaah dilaporkan meningkat beberapa bulan lalu.

Dari situ, beliau mula terfikir kaedah yang mampu membantu negara mengurangkan kes dan penularan virus dalam komuniti masjid, selain membolehkan masyarakat Islam di negara ini beribadah di rumah Allah seperti dahulu.

“Situasi ini berlaku ketika tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kedua. Setibanya di masjid tersebut, saya sekeluarga diperiksa oleh pengawal bertugas dan ditanya tentang sejadah.

“Pada ketika itu, hanya ada satu sejadah yang dibawa sedangkan kami sekeluarga seramai lima orang. Jadi, hanya seorang yang dapat masuk ke dalam masjid dan kami terpaksa bergilir-gilir menunaikan solat Asar,” ceritanya.

Terpanggil untuk melakukan beberapa kajian di luar negara dan melihat bagaimana negara-negara Islam lain menangani masalah tersebut, dari situlah beliau menemui solusi penggunaan sejadah pakai buang di beberapa negara seperti Mesir, Turki, UAE dan United Kingdom.

AFFIFY menunjukkan produk-produk sejadah pakai buang Qudsy keluaran syarikatnya untuk kemudahan orang ramai menunaikan solat ketika pandemik.

Tidak mengambil masa lama, pihaknya memperuntukkan kira-kira tiga bulan untuk menjalankan kajian bagi mendapatkan maklum balas daripada masyarakat.

Baginya, penggunaan sejadah pakai buang yang dijadikan alternatif ini merupakan solusi terkini norma baharu untuk jemaah masjid dan surau.

Selain selamat dan jimat dari segi sanitasi kawasan beribadah bagi pihak masjid, penggunaan sejadah itu turut menggunakan kos yang murah.

Terangnya lanjut, idea look & feel diterapkan sehingga ke penghasilan peringkat akhir sejadah tersebut yang 100 peratus menggunakan kepakaran bumiputera.

“Secara amnya, sejadah Qudsy sangat ringan, tetapi tahan kerana ia diperbuat daripada bahan polietilena yang kukuh untuk mengelakkannya koyak ketika digunakan. Permukaan atas pada sejadah Qudsy menggunakan cellulose paper yang mana ia memberi kekuatan dan ketahanan yang baik ketika individu menggunakannya.

“Pada permukaan bawah sejadah Qudsy pula, plastik berlamina digunakan untuk menghalang air dari bawah ke permukaan atas dan seterusnya memberi keselesaan kepada pengguna,” terangnya.

Bagaimanapun, buat masa ini, produk tersebut dijual pada harga bermula RM300 dalam bentuk gulungan mengandungi 100 keping bagi kegunaan pihak persendirian atau dibeli syarikat-syarikat korporat untuk disumbangkan ke masjid dan surau. Setakat ini juga sejadah itu telah digunakan di beberapa masjid di Lembah Klang antaranya Masjid Bukit Indah, Ampang.

Bagi kegunaan individu atau keluarga, pihaknya akan mengeluarkan Qudsy Family Pack yang mengandungi 25 helai sejadah pada harga RM100 menjelang April nanti.

Mengulas lanjut, secara purata, individu membuat 54 sentuhan muka semasa sujud di atas sejadah setiap kali waktu solat. Berdasarkan jumlah itu, kebarangkalian individu untuk dijangkiti jika berkongsi sejadah pastinya ada.

Bagaimanapun, menerusi sejadah pakai buang dilengkapi bahan nonwoven polypropylene ini, ia mampu mengehadkan pendedahan terhadap bakteria dan virus yang melekat pada sejadah.

Bersaiz lebih besar daripada sejadah travel, ia pasti memberikan keselesaan kepada individu ketika beribadah. Permukaan diperbuat daripada kertas lembut pula mampu memberi keselesaan ketika sujud.

Lebih menarik apabila sejadah ini boleh dimuatkan di dalam poket, beg duit mahupun tas tangan dan bersifat mesra alam apabila boleh dibuang sebaik selesai digunakan.

Setakat ini, pihaknya telah menghasilkan lebih 300,000 keping sejadah Qudsy untuk keperluan semasa dan penghasilannya dijangka mencapai sejuta keping pada April 2022.

Menyedari masyarakat di negara ini sudah terbiasa menggunakan hamparan lembut sebagai sejadah sejak dahulu, Affify akui, bukan mudah mendedahkan dan mendidik masyarakat tentang sejadah pakai buang.

Lebih-lebih lagi apabila menyentuh bab agama dan konsep sejadah pakai buang ini boleh dianggap sangat sensitif dan asing bukan sahaja di Malaysia, malah di rantau ini.

Kongsinya lagi, pihaknya menerima pelbagai respons daripada masyarakat berhubung sejadah pakai buang itu.

“Buat masa sekarang, sejadah Qudsy masih lagi dalam fasa awareness. Kami telah menjalankan kajian di media sosial dengan mengumpulkan hampir 2,000 maklum balas daripada orang ramai.

“Kebanyakan mereka menyokong inisiatif sejadah pakai buang untuk diterapkan di semua masjid dan surau. Tetapi tidak kurang juga ada yang menganggap sejadah sebegini sebagai membazir.

“Apapun, bagi kami, kesihatan dan keselamatan jemaah masjid tetap menjadi keutamaan, sekali gus membolehkan semua umat Islam kembali mengimarahkan masjid seperti sebelum ini. Lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang bakal menjelang tidak lama lagi,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN