fbpx
KAWASAN lereng bukit perlu sentiasa diselenggara bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh. – GAMBAR HIASAN

Bangunan ranap jika gegaran gempa bumi terlalu kuat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kejadian gempa bumi yang sering berlaku di negara jiran menyebabkan Malaysia turut terdedah dengan risiko kerosakan bangunan serta kejadian tanah runtuh akibat gegaran tersebut.

Presiden Institut Geologi Malaysia, Abd. Rasid Jaapar berkata, negara kelmarin terdedah de­ngan separuh skala gegaran akibat kesan gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter di Sumatera Barat, Indonesia.

Menurutnya, jika gempa bumi yang lebih kuat berlaku melebihi paras normal, risiko kerosakan bangunan serta ta­nah runtuh akan lebih tinggi.

“Mengikut kajian dan rekod, apabila garisan sesar bergerak secara minimum di Pulau Sumatera, maka gegaran di negara kita akan menjadi tidak kuat dan tidak menjejaskan bangunan.

“Bagaimanapun, perkara itu akan menjadi masalah besar jika gegaran melebihi lima magnitud di Malaysia akibat kesan gempa di Indonesia. Ini kerana keba­nyakan struktur bangunan tidak mampu menahan impak gegaran itu, malah akan menjadi lebih buruk jika melebihi skala lapan.

“Kebanyakan bangunan boleh roboh kerana struktur bangunan negara kita tidak akan mampu menahan gegaran yang begitu kuat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Rasid memberitahu, risiko tanah runtuh turut meningkat susulan struktur tanah di kawasan cerun negara ini yang sedia ada sudah lemah dan mudah terjejas kerana faktor cuaca se­perti hujan lebat.

“Perkara yang membimbangkan kita adalah di kawasan-kawasan cerun kerana lokasi tersebut akan menerima impak besar jika berlaku gegaran kecil dan sederhana dengan magnitud 3.5 ke atas.

“Gegaran kecil yang berlaku akan melonggarkan struktur tanah dan apabila hujan lebat, tanah di cerun tersebut akan menggelongsor, seterusnya menyebabkan kejadian tanah runtuh,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN