Keadaan rumah yang dijual di bawah skim €1. – The Sun

Lelaki menyesal beli rumah €1 di Sicily

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SICILY, ITALI – Sebilangan pembeli skim rumah berharga €1 (RM4.73) yang dijual di wilayah Sicily, Itali, mendedahkan bahawa promosi tersebut hanyalah indah khabar dari rupa kerana mereka perlu menanggung kos perbelanjaan lebih tinggi, lapor akhbar The Sun semalam.

Menurut seorang pembeli, Danny McCubbin, 58, dia membuat keputusan untuk membeli salah sebuah rumah tersebut selepas terbaca mengenainya.

“Saya sangat menyukai proses keseluruhan untuk membeli rumah itu kerana ia amat jelas dan telus,” katanya.

Bagaimanapun, lelaki berasal dari London itu berkata, dia terpaksa menjual kembali hartanah tersebut selepas berdepan dengan pelbagai kesulitan. Ia termasuk perlu membayar untuk mendaftarkan rumah itu serta yuran guaman yang mencecah beribu-ribu Euro.

Tambah menyukarkan keadaan adalah kos pengubahsuaian yang tinggi serta kekurangan kontraktor pembinaan disebabkan oleh pandemik.

“Selepas menyedari bahawa saya tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk melakukan kerja-kerja pengubahsuaian, saya menjual kembali rumah itu pada harga €1 (RM4.73), namun mengalami kerugian sebanyak €3,000 (RM14,201) dalam proses tersebut,” jelas McCubbin.

Dalam pada itu, nasib seorang lagi pembeli, Jose Ramos, 43, adalah lebih baik selepas membeli dua unit rumah daripada skim €1 (RM4.73) itu sebelum pandemik Covid-19.

Menurut Ramos, dia dapat mencari kontraktor untuk mengubah suai rumahnya selepas bercakap dalam bahasa tempatan atas bantuan ibunya.

“Saya berjaya menemui pekerja dengan bertanya kepada penduduk setempat (dalam bahasa Itali),” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN