fbpx

Guna emoji hati warna merah boleh dipenjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penggunaan emoji hati berwarna merah tanpa persetujuan individu boleh dikenakan hukuman penjara. - Google

RIYADH – Mana-mana individu di Arab Saudi yang menghantar emoji berbentuk hati berwarna merah di dalam perbualan WhatsApp boleh dikenakan hukuman penjara, lapor laman berita Wion News, semalam.

Hal ini terbongkar apabila seorang pakar jenayah siber di Saudi mengeluarkan kenyataan dalam akhbar tempatan menyatakan bahawa menghantar emoji hati berwarna merah di WhatsApp diklasifikasikan sebagai gangguan seksual di negara itu.

Mengikut undang-undang Saudi, jika pengirim didapati bersalah, dia boleh dipenjarakan dua hingga lima tahun dan didenda AS$26,649 (RM111,512).

Ahli Persatuan Anti-Penipuan Arab Saudi, Al Moataz Kutb berkata bahawa penggunaan beberapa imej dan ekspresi semasa perbualan online mungkin bertukar menjadi jenayah gangguan seksual jika tuntutan mahkamah difailkan oleh pihak yang berasa terancam.

Al Moataz memberi amaran kepada pengguna agar tidak terlibat dalam perbualan tanpa persetujuan bertulis seseorang bagi mengelak didakwa dengan jenayah itu.

“Menurut sistem anti-gangguan, gangguan ditakrifkan sebagai setiap pernyataan, perbuatan atau gerak isyarat dengan konotasi seksual yang dibuat oleh seseorang terhadap mana-mana individu lain yang menyentuh badan atau kehormatannya atau melanggar kehormatannya dengan apa-apa cara termasuk menerusi penggunaan teknologi moden.

“Penggunaan emoji hati dan bunga mawar berwarna merah dikaitkan dengan konotasi seksual mengikut adat masyarakat,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI