fbpx
Ismail Sabri

221 ingkar PKPP, 118 terbabit aktiviti kelab malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Masih ramai masyarakat yang mengingkari arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam selepas 221 individu ditahan atas pelbagai kesalahan dengan paling tinggi membabitkan aktiviti di pub serta kelab malam sebanyak 118 kes.

Turut ditahan kelmarin adalah aktiviti melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal sebanyak 43 dan gagal menyediakan peralatan serta serta merekod butiran pelanggan sebanyak 34 tangkapan.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesalahan lain ialah tidak memakai pelitup muka (18), premis beroperasi lebih masa (lima), tangkapan pendatang asing tanpa izin (PATI) (dua) dan dan gagal mematuhi perintah kuarantin (satu).

“Daripada jumlah itu, seramai 212 individu telah dikompaun manakala lapan individu direman dan seorang dijamin,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, seramai 61 PATI dan lima tekong ditahan menerusi Operasi Benteng kelmarin.

“Sebanyak 26 daripada PATI itu ditahan di Bandar Penawar, Johor atas kesalahan imigresen manakala 12 PATI ditahan di Bukit Kayu Hitam, Kedah kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri sah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN