fbpx

Tidak serik-serik tawar judi haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noorzainy Mohd. Noor

SEBERANG PERAI – Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) memotong bekalan elektrik di sepuluh buah premis di sekitar daerah ini selepas dipercayai melakukan kegiatan judi haram dalam Op Dadu Khas hari ini.

Dalam operasi kira-kira tiga jam bermula pukul 10 pagi itu, dua lelaki berusia 19 dan 27 tahun yang dipercayai menawarkan perkhdimatan judi online turut ditahan.

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, operasi berkenaan menyasarkan premis yang telah beberapa kali diserbu pihaknya di sekitar Kepala Batas dan Butterworth.

“Dalam satu serbuan di Permatang Bendahari (Kepala Batas) dua lelaki ditahan ketika dipercayai menjalankan kegiatan itu di dalam sebuah kereta berdekatan sebuah premis yang pernah dipotong bekalan elektrik.

“Mereka tidak serik-serik melakukan kegiatan judi online biarpun sudah tiga hingga empat kali diambil tindakan,” katanya kepada pemberita di Kepala Batas di sini hari ini.

Sementara itu, Noorzainy berkata, dalam tempoh sejak Julai lalu sehingga hari ini, sebanyak 44 premis telah dipotong bekalan elektrik di daerah itu yang membabitkan kegiatan loteri awam haram dan judi online. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI