fbpx
Mohd. Farit (kanan) dibawa ke lokap selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini atas pertuduhan merogol bekas kekasihnya tujuh tahun lalu.

Pembantu klinik haiwan didakwa rogol bekas kekasih bawah umur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seorang pembantu klinik haiwan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol bekas kekasihnya yang ketika itu masih bawah umur kira-kira tujuh tahun lalu

Tertuduh, Mohd. Farit Mohd. Noor, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang remaja perempuan yang ketika kejadian berusia 16 tahun 11 bulan.

Kesalahan itu dilakukan olehnya di sebuah rumah kosong di Bukit Marak, Bachok kira-kira pukul 2 petang pada September 2015.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Fariz Abdul Hamid manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Ahmad Fariz menawarkan jaminan sebanyak RM15,000 kepada tertuduh dengan syarat tambahan itu tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa termasuk keluarganya dan melapor diri di balai polis terdekat dua minggu sekali.

Tertuduh dalam rayuannya memohon mahkamah mengurangkan jaminan terhadapnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI