Demonstrasi penggunaan nebulizer menunjukkan bagaimana vaksin sedutan boleh membantu melawan virus Covid-19. - Universiti McMaster

Saintis bangunkan vaksin Covid-19 boleh sedut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HAMILTON, KANADA – Sekumpulan saintis Universiti McMaster di Kanada membangunkan vaksin Covid-19  menggunakan kaedah sedutan yang  menawarkan perlindungan lebih menyeluruh dan tahan lama dalam melawan virus  SARS-CoV-2, lapor laman berita Wion News semalam.

Menerusi kajian yang diterbitkan dalam jurnal Cell, vaksin sedutan itu adalah lebih berkesan untuk mendorong tindak balas imunisasi kerana ia menyasarkan paru-paru dan saluran pernafasan, tempat di mana virus Covid-19  mula memasuki badan.

“Apa yang kami temui dalam penyelidikan bertahun-tahun ini adalah vaksin yang disalurkan ke paru-paru mendorong imuniti mukosa pernafasan pelindung menyeluruh.

“Ia merupakan satu ciri yang tidak dipunyai oleh vaksin yang disuntik,” kata ketua penyelidik, Profesor Zhou Xing.

Sementara itu, ketua bersama kajian praklinikal, Profesor Brian Lichty berkata, situasi pandemik kini menunjukkan bahawa bekalan vaksin menjadi satu cabaran besar buat seluruh dunia.

“Kaedah pemberian vaksin seperti ini dapat memperluaskan bekalan vaksin secara signifikan, sekali gus membawa perubahan kepada situasi pandemik,” ujarnya. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN