fbpx
SEJAK menderitai diabetes, Sham sudah tidak berupaya memberikan nafkah batin kepada isterinya.–GAMBAR HIASAN

K2

Suami mati pucuk, isteri keluar dengan jantan lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENYAKIT diabetes jangan dibuat main kerana ia boleh memberi implikasi besar dalam kehidupan berumah tangga.

Jika tidak diubati segera, rumah tangga boleh bergoncang kerana ia turut melibatkan masalah lemah tenaga batin atau mati pucuk.

Itu yang berlaku dalam kolum Dari Mahkamah Syariah minggu ini yang menyaksikan hubungan suami isteri berantakan ekoran masalah kencing manis yang dihidapi suami hingga menjejaskan hubungan kelamin.

Ini disebabkan si suami menderitai masalah lemah tenaga batin dan tidak mampu memberikan kepuasan batin isterinya. Akhirnya si isteri mengambil jalan keluar sendiri dengan mencari lelaki lain di luar sana.
——————————————————————————————————————————————–
BERJAYA mendirikan rumah tangga bersama wanita yang dicintai merupakan satu anugerah cukup bernilai buat lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Sham.

Selama tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan, kehidupan mereka bahagia dan dikurniakan dengan dua cahaya mata.

“Saya berkahwin ketika agak lewat usia dan perbezaan umur antara isteri juga agak jauh.

“Kehidupan kami asalnya bahagia, kalau bergaduh pun kerana hal-hal yang kecil,” katanya yang kini berusia 50-an kepada K2.

Namun begitu, cerita Sham, selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga, Sham menghidap masalah kesihatan iaitu diabetes dan dia mengakui tidak lagi dapat memuaskan isterinya.

Disebabkan penyakit tersebut, dia telah menderitai masalah lemah tenaga batin.

“Saya terpaksa menolak setiap kali isteri minta bersama kerana saya tiada kemampuan untuk memberi kepuasan kepadanya lagi.

“Saya juga telah pergi berubat bagi mengatasi masalah ini tetapi ia tidak berhasil,” jelasnya.
Cerita Sham lagi, dia akhirnya berterus terang kepada isterinya tentang masalah yang dialaminya itu.
Sejak daripada itulah, hubungan mereka mula renggang dan isterinya kadangkala memilih untuk tidur di bilik asing dan membiarkan Sham tidur bersama anak-anak.

Ada satu ketika, Sham cuba mengintai isterinya dan mendapati isterinya itu sedang menonton video porno demi memuaskan nafsunya secara bersendirian.

“Saya rasa bersalah kerana tidak dapat memberinya nafkah batin.

“Saya memahami kerana dia masih muda dan sememangnya itu diperlukannya,” tambah Sham.

Dalam pada itu, kata Sham, sikap isterinya juga kemudian banyak berubah apabila sering keluar rumah pada waktu malam dan memberi alasan untuk merehatkan diri setelah seharian penat menguruskan anak-anak.

Sham tidak menghalang isterinya untuk keluar mencari ketenangan.

ADA jiran yang melihat isteri Sham dijemput keluar dengan kereta oleh seorang lelaki lain.–GAMBAR HIASAN

Namun, sebenarnya dalam diam isterinya itu keluar bertemu dengan lelaki lain.

“Ada jiran yang nampak isteri saya dijemput lelaki lain dengan kereta.

“Adakalanya dia akan pulang lewat malam. Apabila saya bertanya, dia hanya menjawab dia keluar bersama rakannya,” ujarnya.

Selain itu, Sham juga diberitahu oleh jiran-jirannya bahawa mereka pernah melihat ada lelaki yang datang ke rumahnya ketika Sham keluar bekerja.

Sham meminta penjelasan tetapi isterinya menafikannya lalu meminta dirinya jangan percaya dengan khabar angin disampaikan jiran-jiran.

Akui Sham, hampir setahun dia berdepan masalah lemah tenaga batin itu dan pelbagai usaha telah dilakukan, namun masalah itu masih tidak pulih.

Daripada sekadar khabar angin, Sham akhirnya menyaksikan sendiri isterinya keluar dengan lelaki lain.
Ada ketikanya mereka bergaduh besar dan isteri meminta Sham tidak mencampuri urusannya.

“Saya ada bertanya, adakah dia pernah terlanjur dengan lelaki lain di belakang saya. Dia hanya diam dan tidak menjawab soalan itu.

“Dia menyatakan jika saya sudah tidak mempunyai kemampuan untuk memberi nafkah batin buatnya, dia minta dilepaskan,” jelasnya.

Setelah berfikir panjang, Sham mengambil keputusan untuk melepaskan isterinya itu kerana tidak mahu wanita itu terus terjerumus dengan dosa.

Dia reda jika isterinya itu ingin berkahwin lain kerana Sham mengakui dia sudah tidak mempunyai kemampuan untuk memberi kepuasan kepada isterinya lagi.

Akhirnya mereka berdua mengambil keputusan untuk berpisah dan demi kasih sayang kepada anak-anak, Sham memilih untuk keluar dari rumah miliknya itu.

Dia membenarkan isterinya dan anak-anak terus mendiami rumah yang dibelinya itu, sebaliknya Sham yang memilih untuk menyewa di tempat lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN