PUTRAJAYA – Sebanyak 47 kes atau 0.5 peratus daripada jumlah 9,117 kes jangkitan baharu Covid-19 hari ini melibatkan kategori tiga, empat dan lima.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, selebihnya ialah 9,070 kes atau 99.5 peratus pula melibatkan kategori satu dan dua.
Menurutnya, dalam masa sama, sebanyak 134 kes daripada jumlah kes harian hari ini adalah kes import, dengan keseluruhan kes Covid-19 dilaporkan di Malaysia sebanyak 2,904,131 kes.
“Terdapat 10 kluster baharu dikenal pasti hari ini dengan jumlah kluster tamat ialah 6,135 kluster serta 353 kluster aktif.
“Sebanyak 123 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 67 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah beliau, kes sembuh mencatatkan 6,546 kes manakala, jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 2,806,154 kes. -K! ONLINE














