fbpx
Kiub emas seberat 186 kilogram yang diletakkan di tengah-tengah Naumburg Bandshell ini diperbuat daripada emas tulen 24 karat. - 24happenings

Pengunjung gempar lihat kiub emas gergasi di Central Park

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANDAR RAYA NEW YORK – Orang ramai yang melalui kawasan Central Park di Bandar Raya New York pada awal pagi kelmarin terkejut apabila melihat kehadiran ramai anggota keselamatan yang mengawal ketat sebuah kiub emas gergasi, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Kiub emas seberat 186 kilogram yang diletakkan di tengah-tengah Naumburg Bandshell di taman awam  Central Park itu dilaporkan diperbuat daripada emas tulen  24 karat.

Ia dihasilkan oleh seorang artis seni dari Jerman, Niclas Castello.

“Tidak pernah terjadi dalam sejarah manusia, di mana sejumlah emas asli digabung ke dalam sebuah objek. Emas merupakan sejenis logam kekal yang menjadi simbol kepada Matahari, cahaya dan kebaikan,” kata Castello dalam keterangan bagi hasil seninya itu.

Sementara itu, menurut laporan, kiub emas gergasi yang dinilai berharga AS$11.7 juta (RM48.9 juta) itu sebenarnya merupakan  taktik untuk menarik perhatian orang ramai terhadap pelancaran mata wang kripto milik Castello sendiri yang dinamakan Castello Coin.

Beliau juga dilaporkan turut merancang untuk melancarkan satu token digital tidak boleh ditiru atau ditukar ganti (NFT) melibatkan barangan berkaitan yang dijangka dilelong pada bulan ini.

Menurut akhbar New York Times, artis seni itu hanya mempamerkan kiub emas tersebut selama sehari bagi mengetengahkan hasil karyanya yang luar biasa itu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN