Skip to content
kosmo logo 2025
Facebook Twitter Tiktok Instagram Youtube
  • Log Masuk
  • Langgan
Menu
  • Log Masuk
  • Langgan
  • TERKINI
  • NEGARA
    • ANALISIS SEMASA
    • KATA EDITOR
    • KATA SAYA
    • KOMUNITI
    • PESONA AHAD
  • DUNIA
  • HIBGLAM
  • SUKAN
  • HALAL NIAGA
    • SOKONG LOKAL
  • KAMPUS
  • TEKNO
  • REMAJA
  • WANITA
  • CITA RASA
  • PR NEWSWIRE
    • PR NEWSWIRE (BM)
    • PR NEWSWIRE (EN)
Menu
  • TERKINI
  • NEGARA
    • ANALISIS SEMASA
    • KATA EDITOR
    • KATA SAYA
    • KOMUNITI
    • PESONA AHAD
  • DUNIA
  • HIBGLAM
  • SUKAN
  • HALAL NIAGA
    • SOKONG LOKAL
  • KAMPUS
  • TEKNO
  • REMAJA
  • WANITA
  • CITA RASA
  • PR NEWSWIRE
    • PR NEWSWIRE (BM)
    • PR NEWSWIRE (EN)
Search
Close
  • TERKINI
  • NEGARA
    • ANALISIS SEMASA
    • KATA EDITOR
    • KATA SAYA
    • KOMUNITI
    • PESONA AHAD
  • DUNIA
  • HIBGLAM
  • SUKAN
  • HALAL NIAGA
    • SOKONG LOKAL
  • KAMPUS
  • TEKNO
  • REMAJA
  • WANITA
  • CITA RASA
  • PR NEWSWIRE
    • PR NEWSWIRE (BM)
    • PR NEWSWIRE (EN)
Menu
  • TERKINI
  • NEGARA
    • ANALISIS SEMASA
    • KATA EDITOR
    • KATA SAYA
    • KOMUNITI
    • PESONA AHAD
  • DUNIA
  • HIBGLAM
  • SUKAN
  • HALAL NIAGA
    • SOKONG LOKAL
  • KAMPUS
  • TEKNO
  • REMAJA
  • WANITA
  • CITA RASA
  • PR NEWSWIRE
    • PR NEWSWIRE (BM)
    • PR NEWSWIRE (EN)
Search
Close
  • LOG MASUK
  • LANGGAN
MARK Zuckerberg ketika menyampaikan ucapan dalam persidangan tahunan F8 di San Jose, California, pada 1 Mei 2018. – AFP

Dunia Terkini

Hari malang Mark Zuckerberg

  • Oleh KOSMO!
  • 5 Februari 2022, 9:00 am
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MENLO PARK, CALIFORNIA – Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg  kerugian hampir AS$24 bilion (RM100.24 bilion) dalam masa hanya satu malam, selepas harga saham syarikatnya,  Meta Inc. (Meta) jatuh mendadak susulan pengumuman prestasi kewangan suku tahun keempat yang tidak memberangsangkan, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Meta merupakan syarikat induk bagi platform media sosial Facebook, WhatsApp dan Instagram bagi  menggantikan Facebook Inc. dalam langkah penjenamaan semula tahun lalu.

Menurut saluran berita Bloomberg, harga saham syarikat itu menjunam 24 peratus pada pukul 10.25 pagi (waktu Amerika Syarikat) kelmarin sekali gus menjadi kejatuhan harian paling buruk dalam sejarah.

Perkembangan itu bukan sekadar menyebabkan nilai syarikat Meta merosot sebanyak AS$200 bilion (RM835.48 bilion), bahkan turut memberi kesan kepada kekayaan peribadi Zuckerberg. Ini kerana beliau memiliki sebanyak 14 peratus saham dalam syarikat itu.

Menurut beberapa laporan, harga saham Meta jatuh mendadak selepas Facebook dilaporkan tidak mencatatkan sebarang pertumbuhan buat kali pertama dalam sejarah.

Platform media sosial itu juga kehilangan banyak pengguna kerana mereka  lebih memilih untuk menggunakan laman perkongsian video dari China, TikTok.

Facebook turut merekodkan bilangan pengguna yang kurang aktif berbanding sebelum ini.

Susulan kerugian yang dicatatkan, Zuckerberg turut terkeluar daripada senarai 10 individu terkaya dunia buat pertama kali sejak Julai 2015. 

Menurut senarai terkini bilionair dunia oleh majalah Forbes, beliau kini berada pada kedudukan  ke-12 dengan nilai kekayaan sebanyak AS$84.8 billion (RM354.26 bilion).

Meskipun hanya menerima gaji sebanyak AS$1 (RM4.17) setahun di atas kertas, Zuckerberg menjana kekayaan berbilion-bilion dolar dengan menjual saham dalam Facebook  yang mula disenaraikan di bursa saham pada 2012.

Ia merupakan tawaran awam permulaan (IPO) terbesar dalam sejarah, yang memberikan Zuckerberg keuntungan berbilion-bilion dolar dalam masa satu hari untuk  syarikat yang beliau asaskan  sejak bergelar pelajar universiti lagi.

Bagaimanapun, sejak dijenamakan semula kepada Meta serta pengumuman kepada perubahan sistem Metaverse VR, nilai kekayaan yang dimiliki Zuckerberg tidak banyak meningkat.

Selain itu, Facebook dilaporkan turut terpalit dengan siri kontroversi sejak beberapa tahun lalu.

Antara yang menjadi perhatian adalah kontroversi penggunaan data peribadi pengguna serta cara-cara platform itu mengendalikan penyebaran berita palsu serta teori konspirasi. – AGENSI 

Tags: berita terkinifacebook rugimark zuckerbergmeta rugisaham facebook rugi
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

Shukor tuntut kebangkitan skuad B-16

9 November 2026, 1:49 pm

‘Sudah jadi kerajaan tetapi masih berkelakuan pembangkang’

9 November 2026, 1:45 pm

Sembilan jajahan di Kelantan diramal banjir hingga Rabu

9 November 2026, 1:26 pm

Hari terakhir cuti, trafik sesak ramai balik ke ‘sarang’

9 November 2026, 1:22 pm

‘Teruja tengok muka Akim, mula-mula dia kata tak mahu’

9 November 2026, 1:06 pm

Jakim siasat dakwaan unsur pemujaan dalam konsert The Weeknd

9 November 2026, 1:03 pm

‘Saya sendiri pun kena’ – Krisdayanti mohon maaf sebab jerebu

9 November 2026, 12:55 pm

Lelaki 20-an direman enam hari kes pecah tabung masjid

9 November 2026, 12:46 pm

BERITA BERKAITAN

Mark Zuckerberg hadiri sesi perbicaraan media sosial

19 Februari 2026, 10:19 am

Tindakan Mark Zuckerberg sokong Israel dikecam

12 Oktober 2023, 4:50 pm

Pertarungan sangkar Musk- Zuckerberg bernilai lebih RM4 bilion

15 Ogos 2023, 5:30 pm

‘Kembar Elon Musk’ berlatih tinju lawan Mark Zuckerberg

8 Ogos 2023, 5:15 pm

China bantah pakatan menyamai NATO di Asia Pasifik

5 Jun 2023, 8:19 am

Adakah sistem kereta api India selamat?

5 Jun 2023, 8:08 am

15.3 juta rakyat Syria perlu bantuan dunia

1 Jun 2023, 8:19 am

Amaran wabak jangkitan kulat akibat pembedahan plastik

29 Mei 2023, 8:10 am
  • Terma dan Syarat
  • Polisi Editor
  • Senarai Kedai Akhbar
  • Hubungi Kami

Hak cipta terpelihara © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H)