fbpx
Yilong (kiri) kelihatan amat mirip dengan Musk. – Ma Yilong/AFP

‘Kembar Elon Musk’ berlatih tinju lawan Mark Zuckerberg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING – Seorang lelaki dari China yang menjadi sensasi internet kerana memiliki wajah iras Elon Musk berkongsikan video terbaharu dia sedang  berlatih tinju sebagai parodi kepada pertarungan antara pengasas Tesla itu dengan seterunya, Mark Zuckerberg, lapor akhbar Daily Star.

Ma Yilong  menerusi video yang dikongsikan di platform Douyin,  dilihat sedang berlatih tinju sebagai ‘persediaan’ sekiranya dia perlu bertarung dengan Zuckerberg.

Dengan hanya memakai seluar pendek, Yilong berlatih bersama seorang rakan yang menutup wajahnya dengan memakai kadbod memaparkan wajah Zuckerberg.

“Mari, mari,” kata Yilong kepada rakannya.

Rakannya itu kemudian menconteng huruf ‘X’ pada perut Yilong sebelum lelaki itu berpura-pura menumbuknya dan bersorak.

“X, sangat hebat! Wow!” kata Yilong,  merujuk kepada platform X atau Twitter.

Video itu menjadi perhatian pengguna media sosial dengan ramai yang teruja melihat wajah Yilong yang digelar ‘kembar Elon Musk’ itu.

“Saya mahu lihat dia berdiri di sebelah Musk,” kata seorang pengguna.

Dalam pada itu, Musk dan Zuckerberg dikatakan bakal bertarung di dalam gelanggang di The Octagon, Las Vegas pada 26 Ogos ini. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN