PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan serta Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) semakin sesak dan perlahan ekoran pertambahan kenderaan pada cuti umum.
Menerusi laporan trafik di laman web Lebuh Raya Malaysia (LLM), kenderaan dilaporkan bergerak perlahan bagi kedua-dua arah melibatkan dua lebuh raya tersebut.
Di KLK, trafik dilihat semakin sesak dan juga perlahan di kedua-dua arah Plaza Tol Gombak di KM19.8.
Manakala aliran trafik di sebelah selatan dilihat mula sesak di Seremban KM276.1 dan Port Dickson KM259.5 menghala ke Utara Barat.
Selain itu, trafik jugak dilihat mula sesak di Jasin KM178 dan Tangkak KM170.7 menyebabkan kenderaan bergerak secara perlahan.
Di sebelah utara, aliran trafik adalah lancar kecuali di Tapah KM324.4 menghala ke selatan dan Juru KM148 menghala utara.
Dalam pada itu, pengguna jalan raya diingatkan supaya merancang perjalanan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di dua lebuh raya berkenaan. -K!ONLINE














