fbpx
Hutan Lipur Air Menderu yang terletak di Kampung Chabang, Kerteh terpaksa ditutup berkuatkuasa semalam ekoran ancaman harimau belang.

Ancaman harimau punca Hutan Lipur Air Menderu ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Ancaman harimau belang di Kampung Chabang, Kerteh di sini semakin memuncak sehingga memaksa Hutan Lipur Menderu ditutup untuk kunjungan pengunjung mulai semalam.

Difahamkan notis penutupan oleh Jabatan Perhutanan Terengganu dilakukan berikutan penemuan beberapa bekas tapak kaki haiwan buas itu berhampiran kawasan air terjun berkenaan beberapa hari lalu.

Ahli Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Chabang, Ahmad Thalhah Ubaidillah Amri berkata, Hutan Lipur Air Terjun Menderu terpaksa ditutup kepada pengunjung bagi mengelak sebarang insiden tidak diingini.

“Serangan harimau belang di Kampung Chabang ini bermula sejak bulan Januari lalu. Setakat ini, dua ekor lembu dan ekor anjing milik penternak sudah menjadi mangsa.

“Beberapa penduduk kampung terutama dalam kalangan penternak lembu dan pekebun juga mendakwa pernah terserempak dengan harimau belang berkenaan,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Hutan Lipur Air Menderu di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN