fbpx
Ahmad (empat kanan) menyampaikan cek dividen kepada penerima pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PPN Selangor ke-44 malam tadi

Sektor pertanian rugi RM90.6 juta akibat banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Banjir yang melanda hujung tahun lalu menyebabkan kerugian dianggarkan RM90.6 juta bagi sektor pertanian, perikanan dan penternakan negara.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, jumlah kerugian itu membabitkan 7,578 wira agro di seluruh negara.

Menurutnya, Selangor paling teruk terjejas dengan nilai kerugian dianggarkan RM32.8 juta melibatkan 1,100 wira agro.

“Angka ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa apabila ‘survey’ secara keseluruhan dibuat kerana kerosakan adalah cukup ‘extensive’.

“Walaupun cabaran ini dilalui dengan baik, terutama dalam memastikan bekalan makanan mencukupi, kita perlu menerima hakikat bahawa ekonomi negara menerima kesan begitu mendalam,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Selangor ke-44 di sini malam tadi.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN