fbpx
Gambar hiasan.

Luahan pembaca: Selamatkah anak-anak ketika di sekolah?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAUDARA PENGARANG,

Peningkatan kes membabitkan kluster pendidikan amat ketara sejak kebelakangan ini sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa.

Tanpa mahu menuding jari kepada mana-mana pihak, ada segelintir ibu bapa telah mula mengambil ‘jalan singkat’ apabila tidak membenarkan anak-anak mereka hadir ke sekolah.

Bagi mereka, keselamatan anak-anak adalah lebih penting berbanding perkara-perkara lain.

Benar, sebagai ibu kepada dua anak yang bersekolah, saya turut merasai kebimbangan itu.

Melihat anak-anak berkumpul di dalam kelas, dengan ibu bapa pula berhimpit-himpit di luar pintu pagar, risiko untuk berlakunya jangkitan memang wujud.

Hal sama turut berlaku di peringkat asrama sekolah dan maktab. Bagaimanapun, untuk menyalahkan para pelajar atas penularan jangkitan, ia bukanlah tindakan yang tepat.

Mungkin, pihak kementerian atau pihak Jabatan Pendidikan Negeri perlu melihat fakta yang lebih luas mengenai punca penularan Covid-19 di sekolah.

Adakah ia berpunca daripada orang luar termasuk guru-guru dan kakitangan sekolah, ataupun ada faktor lain yang mendorong kepada penularan jangkitan.

 

MARIAM
Kuantan, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN