fbpx

Perhimpunan #tangkapAzamBaki: 5 ahli politik beri keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Delhan (kiri) dan Azam Baki (kanan)

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan lima ahli politik antara 16 individu sudah dipanggil untuk memberi keterangan berhubung penganjuran perhimpunan #TangkapAzamBaki yang akan diadakan di ibu negara, esok.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Delhan Yahaya berkata, setakat ini pihaknya sudah memanggil 16 individu untuk dirakam percakapan.

“Daripada jumlah itu, lima antaranya merupakan ahli politik, namun kita tidak boleh dedahkan identiti mereka kerana tidak mahu ia mengganggu siasatan yang sedang dijalankan.

“Kini kita dalam proses melengkapkan kertas siasatan untuk dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan lanjut,” ujarnya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, dekat sini hari ini.

Menurutnya, setakat ini pihaknya masih mengenal pasti penganjur ataupun ‘dalang’ sebenar disebalik perhimpunan tersebut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat membangkitkan pecah keamanan dan juga Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Semalam, Aktivis yang juga ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), Adam Adli Abdul Halim dipanggil ke IPD Dang Wangi di sini, bagi memberi keterangan berhubung perhimpunan #TangkapAzamBaki.

Perhimpunan berkenaan akan diadakan di hadapan sebuah pusat beli-belah di ibu negara, pada pukul 11 pagi, esok. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI