fbpx
ABDELMONEIM (tengah) muncul wira Mesir apabila meledak gol tunggal perlawanan ketika menentang Sudan awal pagi semalam. – AFCON

Mesir layak ke peringkat 16 terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

YAOUNDE, CAMEROON – Juara tujuh kali Piala Negara-Negara Afrika (AFCON), Mesir berjaya meraih slot ke peringkat 16 terbaik selepas menewaskan Sudan 1-0 pada aksi terakhir Kumpulan D di Stadium Ahmadou Ahidjo awal pagi semalam.

Tandukan Mohamed Abdelmoneim pada minit ke-35 memastikan Mesir meraih tiga mata untuk mengesahkan kemaraan sebagai naib juara Kumpulan D, di belakang Nigeria yang turut mencatat kemenangan 2-0 ke atas Guinea-Bissau.

“Tiada sebarang keraguan bahawa Mesir sememangnya berhak untuk memenangi perlawanan ini. Kesilapan kami dalam aksi ini hanyalah satu perkara iaitu gagal menjaringkan gol kedua.

“Jika berjaya meledak gol ke­dua, perlawanan pasti sudah ber­akhir lebih awal lagi. Apa-apa pun saya gembira dengan kemenangan ini,” kata pengendali Mesir, Carlos Queiroz.

Mesir dan Nigeria kini menyertai pasukan-pasukan yang sudah layak ke pusingan seterusnya seperti Burkina Faso, Gabon, Senegal, Cape Verde, Guinea, Cameroon, Maghribi dan Malawi.

Sementara itu, jaringan Umar Sadiq dan ketua pasukan, William Troost-Ekong memastikan rentak cemerlang Nigeria berterusan apabila berjaya mengutip sembilan mata maksimum sepanjang tiga perlawanan pe­ringkat kumpulan.

Menariknya, ketua jurulatih Nigeria, Augustine Eguavoen membuat lapan pertukaran dalam kesebelasan utama dengan memberi peluang kepada muka-muka baharu turun ber­aksi menentang Guinea-Bissau awal pagi semalam.

Kejayaan itu menyaksikan Nigeria berada pada landasan tepat untuk memburu kejuaraan buat kali keempat selepas pernah memenanginya pada edisi 1980, 1994 dan 2013. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI