fbpx

Gempa bumi kuat gegar Kepulauan Fox, Aleutian selang sejam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi gempa bumi kuat berukuran 6.5 skala richer di Kepulauan Fox dan Aleutian.

PETALING JAYA – Gempa bumi kuat berukuran 6.5 skala richer melanda Kepulauan Fox, Kepulauan Aleutian pada pukul 8.39 malam, sebentar tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, gempa bumi itu berlaku di 52.7 darjah utara dan 168.2 darjah barat dengan kedalaman 15 kilometer (km).

“Ia berlaku 2,206 kilometer timur dari Petropavlovsk Kamchatskiy, Russia,” katanya di sini hari ini

Sebelum itu, pada pukul 7.35 malam tadi, MetMalaysia turut melaporkan kejadian yang sama berlaku di Kepulauan Fox, Kepulauan Aleutian pada kedudukan 52.7 darjah utara dan 167.9 darjah barat dengan kedalaman 10 km dengan jarak 2,227 km dari arah yang sama.

Bagaimanapun, susulan kejadian itu tiada ancaman tsunami dikeluarkan kepada Malaysia. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI