PETALING JAYA – Beberapa kawasan di Tawau dan Sandakan di Sabah dijangka mengalami hujan pagi ini.
Jangkaan itu berdasarkan ramalan cuaca sebelah pagi yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bagi hari ini.
“Tiada hujan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
“Tiada hujan di Pedalaman, Pantai Barat, Kudat dan Labuan. Tiada hujan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang di Sarawak,” kata MetMalaysia. – K! ONLINE














