fbpx
Sultan Ibrahim berkenan berangkat melawat mangsa banjir di PPS S.K Kampung Tenang, Labis, Segamat.

18,000 khemah disediakan hadapi banjir – Sultan Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEGAMAT – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah hampir 18,000 khemah bencana disediakan untuk kegunaan mangsa-mangsa banjir telah disalurkan kepada kawasan-kawasan berisiko di seluruh Johor.

Sultan Ibrahim bertitah, persediaan menghadapi banjir dibuat saban tahun dan dikemas kini sewajarnya oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani.

“Sama ada berlaku ataupun tidak, kita bersiap siaga untuk menghadapi banjir setiap tahun. Bukan sahaja khemah, malah persediaan lain juga disiapkan awal untuk segera dikerahkan jika sesuatu kawasan itu dilanda banjir.

“Bantuan bukan sahaja untuk ketika berlakunya banjir, tetapi juga perlu disediakan untuk meneruskan kehidupan selepas bencana itu.

“Rumah perlu dibersihkan, peralatan yang rosak perlu diganti dan macam-macam lagi,” titah Baginda Sultan Ibrahim dalam kenyataan media rasminya hari ini.

Terdahulu, baginda berkenan berangkat ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kampung Tenang, di Labis, Segamat untuk melawat mangsa banjir.

Pusat berkenaan menempatkan 272 mangsa banjir daripada 93 keluarga yang menetap berhampiran. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN