fbpx
Gambar hiasan.

Polis lancar Ops Bantu untuk penyampaian bantuan banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) melancarkan Ops Bantu sebagai langkah menyokong dan menyelaraskan penyampaian segala bantuan kepada mangsa banjir.

Bantuan tersebut adalah daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan organisasi lain terlibat yang tidak mempunyai pengangkutan atau memerlukan sumber manusia untuk menyampaikan bantuan kepada mangsa yang terjejas.

Pengarah KDNKA, Datuk Hazani Ghazali berkata, pusat panggilan melalui Pusat Kawalan Malaysia (MCC) Bukit Aman telah diwujudkan bagi tujuan penyelarasan kepada mana-mana pihak yang memerlukan bantuan.

“Mana-mana pihak yang memerlukan bantuan dan perlu sokongan logistik atau sumber manusia boleh hubungi pusat panggilan ini di talian 03-22663498.

“Pertubuhan atau NGO yang memerlukan bantuan perlu membekalkan maklumat kepada petugas pusat panggilan seperti nama individu dan organisasi yang memohon, nombor telefon dan lokasi serta sasaran bantuan.

“Selain itu, maklumat lain yang diperlukan jenis penugasan yang hendak dilaksanakan, jenis logistik dan jumlah yang diperlukan, jenis barangan yang hendak diedar, jumlah anggota yang diperlukan untuk penugasan dan peralatan yang perlu dan yang akan dibekalkan oleh pihak pemohon,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Menurut beliau, pihaknya akan membuat tindakan susulan bagi memastikan setiap bantuan dapat disalurkan kepada mangsa banjir yang terlibat. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN