SKUAD Harimau Malaya tersingkir seawal peringkat kumpulan pada saingan Piala AFF Suzuki di Singapura baru-baru ini.

Umum Kalendar Liga M Januari depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) mengesahkan kalendar Liga Malaysia (Liga M) musim depan akan diumumkan pada awal bulan depan bagi memastikan semua pihak lebih bersedia dengan perjalanan jadual yang telah diatur.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam berkata, pihaknya masih lagi merangka jadual saingan Liga M khususnya Liga Super dan Liga Premier keĀ­rana masih menunggu kalendar pertandingan di bawah anjuran Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

STUART

ā€œKita akan umumkan kalendar baharu Liga M musim 2022 selewatnya awal Januari depan.

ā€œIni kerana, pihak kami masih lagi dalam proses merangka jaĀ­dual selain menunggu cadangan pertukaran tarikh pertandingan anjuran AFC.

ā€œSudah tentu harapan MFL pada saingan musim depan adalah tiada lagi penundaan saingan liga ekoran pandemik Covid-19 sehingga menjejaskan perancangan awal yang telah diatur,ā€ katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Terdahulu, MFL sebagai peĀ­ngelola liga tempatan turut dipersalahkan sebagai punca kegagalan Harimau Malaya tampil menyerlah pada saingan Piala AFF Suzuki 2020 di Singapura selepas tersingkir di peringkat kumpulan baru-baru ini.

Stuart meĀ­ngakui pihaknya tidak mempunyai sebarang isu berbangkit dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi saingan musim lepas sebaliknya masalah kelewatan tiba menerusi sekatan seperti arahan kuarantin dan sebagaiĀ­nya.

ā€œFAM sedia maklum dengan jadual yang kita buat, tetapi masalah berlaku dengan kekaĀ­ngan pandemik tahun ini yang mana pasukan negara perlu menjalani kuarantin untuk tempoh yang lama selepas selesai tugasan antarabangsa.

ā€œBukan jadual tempatan menjadi gangguan kepada pasukan kebangsaan sebaliknya jadual skuad kebangsaan dengan kuarantin mengganggu liga tempatan,ā€ katanya.

Sebelum ini skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe hanya mampu mengumpulkan skuad penuh empat hari sebelum kejohanan Piala AFF Suzuki 2020 selepas saingan final Piala Malaysia hanya berakhir pada 30 November lepas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

Ā 

TERKINI

BERITA BERKAITAN