KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengunjungi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Penchala dekat sini hari ini.
Baginda dilihat tiba di pekarangan PPS tersebut kira-kira pukul 2.10 petang dengan memandu sendiri kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux warna putih.
Al-Sultan Abdullah seterusnya berkenan menziarahi dan memberi sumbangan wang tunai kepada setiap keluarga yang menghuni PPS SK Sungai Penchala.
Kosmo! difahamkan terdapat seramai 136 individu terdiri daripada 42 keluarga yang menjadi mangsa tanah runtuh menghuni PPS berkenaan. – K! ONLINE














