fbpx

Rakyat teruja diskaun 80 peratus saman PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sempena dengan sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menawarkan pengurangan bayaran saman sehingga 80 peratus selama empat hari.

Melalui pengumuman yang dibuat oleh PDRM itu, bagi saman yang dikeluarkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya ditawarkan pengurangan sehingga 80 peratus, manakala selain daripada itu, ditawarkan diskaun sehingga 70 peratus.

Kaunter pengurangan bayaran saman akan dibuka di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 9 Disember hingga 12 Disember 2021 bermula pukul 9 pagi hingga 6 petang.

Selepas pengumuman tersebut, rata-rata orang ramai tidak ingin melepaskan peluang tersebut dan mereka turut terkejut dengan diskaun yang diberikan itu yang dianggap cukup berbaloi.

“Alhamdulillah, satu hadiah bagi kami yang memang tengah tiada duit ketika ini. Memang perlu rebut peluang ni, kalau ada saman RM100 boleh jadi RM20. Banyak tu,” kata Saiful Rani.

“Apa lagi nak, polis dah bagi diskaun tu. Jom la ramai-ramai bayar saman yang tertunggak lama tu. Kerajaan dah bagi diskaun ni jangan pandai memekak pula lepas ni,” kata Mat Naim Lilbanat.

“Tempat pembayaran tu diharapkan tidak lah sesak sangat nanti. Tempoh empat hari tu rasanya jadi tumpuan orang ramai. Harap selesai lah saman saya yang dah tertunggak lama ni,” Kata Eseer Pomen. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI