fbpx

Selangor miliki jumlah kanak-kanak tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 1,778,600 kanak-kanak berusia bawah 18 tahun direkodkan di negeri itu.

PUTRAJAYA – Statistik Kanak-Kanak Malaysia 2021 dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini mendedahkan bilangan kanak-kanak paling tinggi direkodkan di Selangor.

Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, seramai 1,778,600 kanak-kanak berusia bawah 18 tahun direkodkan di negeri itu.

Beliau berkata, negeri kedua tertinggi adalah Sabah dengan 1,116,200 kanak-kanak diikuti Johor (1,069,900), Sarawak (756,100), Kelantan (670,100), Kedah (639,200) dan Perak (631,000).

“Berdasarkan peratusan kanak-kanak dalam kalangan penduduk pula, Putrajaya merekodkan peratusan tertinggi iaitu mewakili 37.2 peratus diikuti Terengganu (35.6 peratus) dan Kelantan (34.7 peratus).

“Peratusan terendah bilangan kanak-kanak direkodkan di Pulau Pinang yang hanya mewakili 22.6 peratus,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya, ketika ini, jumlah kanak-kanak berusia 18 tahun ke bawah di Malaysia mencecah 9.13 juta iaitu mewakili 28 peratus daripada keseluruhan penduduk negara.

Mohd. Uzir berkata, statistik turut mendedahkan bilangan kanak-kanak lelaki adalah seramai 4.71 juta lebih ramai berbanding kanak-kanak perempuan iaitu 4.42 juta. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI