fbpx
Amirudin (kanan) ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2022. - Foto AFIQ RAZALI

Sumbangan RM1.25 juta kepada 2,500 anak yatim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Kerajaan negeri akan menyumbangkan RM1.25juta kepada 2,500 anak yatim di Selangor termasuk yang kehilangan ibu bapa akibat Covid-19.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bantuan tersebut akan diberikan melalui Bantuan Anak Yatim Covid-19.

Katanya, sebanyak RM500 akan diberikan kepada yang telah kehilangan ibu atau ayah akibat Covid-19.

“Antara golongan yang terkesan akibat pandemik Covid-19 adalah anak-anak yang kehilangan ibu atau bapa.

“Oleh demikian, kerajaan negeri akan memberikan sumbangan kewangan kepada anak yatim berjumlah RM1.25 juta yang akan memberikan manfaat kepada 2,500 anak yatim di seluruh Selangor,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2022, hari ini.

Amirudin turut memberitahu, kerajaan negeri turut akan memberikan bantuan dari sudut pengurusan harta pusaka, penjagaan anak-anak serta kesihatan mental melalui beberapa agensi bertanggungjawab seperti Jabatan Kebajikan dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

Sementara itu, beliau berkata, Program Saring Selangor akan dilaksanakan bermula pada tahun 2022 dengan melibatkan peruntukan berjumlah RM1.5 juta dalam mengesan risiko jangkitan penyakit Covid-19 sekaligus rawatan awal dapat dilaksanakan.

“Program ini akan dilaksanakan secara menyeluruh di peringkat komuniti dan dijangka memberi manfaat kepada sehingga 5,000 orang.

“Dalam masa sama, peruntukkan sebanyak RM500,000 juga disediakan bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlaku penularan wabak dengan menambah dan mempelbagaikan program-program advokasi berkaitan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) serta menambah baik sistem sokongan kepada pesakit yang dijangkiti Covid-19,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN