fbpx

Kanak-kanak 7 tahun cemas jari tersepit di kerusi plastik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar membantu mengeluarkan jari kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun yang tersepit dalam kejadian di Taman Maju, Seri Iskandar petang tadi. Foto: IHSAN BOMBA

Oleh SHAARANI ISMAIL

SERI ISKANDAR – Seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik-detik cemas apabila jari hantu di kedua-dua belah tangannya tersepit pada sebuah kerusi plastik dalam kejadian di sini petang tadi.

Dalam kejadian itu, kedua-dua jari kanak-kanak berkenaan tidak dapat dikeluarkan selepas dia dipercayai bermain dengan kerusi berkenaan.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Perak berkata, kejadian berlaku di Jalan Setia Maju, Taman Maju di sini pukul 5 petang tadi.

Katanya, pihaknya menerima panggilan pukul 5.17 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian bagi memberikan bantuan.

“Bomba mengambil masala selama kira-kira 10 minit dengan menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan jari kanak-kanak berkenaan.

“Kanak-kanak berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan diserahkan kepada ibu bapanya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Operasi tamat pada pukul 5.40 petang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI