fbpx

Dalang sindiket edar dadah berjaya diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek dan dadah yang dirampas dalam satu serbuan di sekitar Bandar Baru Sentul.

PETALING JAYA – Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah didalangi seorang lelaki warga tempatan termasuk merampas kira-kira 1.1 kilogram (kg) dadah bernilai RM38,535 di sebuah pangsapuri sekitar Bandar Baru Sentul pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, tangkapan ke atas suspek berusia 31 tahun itu telah dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.

“Pemeriksaan awal mendapati suspek disyaki terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang. Polis turut menjumpai dadah jenis heroin yang dianggarkan seberat 0.3 kg dalam pemilikannya.

“Hasil soal siasat ke atas suspek telah membawa pasukan serbuan ke kediamannya dan berjaya merampas lebihan dadah, wang tunai berjumlah RM60,000 serta pelbagai barang kemas yang dipercayai hasil daripada penjualan dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, suspek didapati negatif dadah namun memiliki satu rekod lampau berkaitan dadah.

“Suspek kini ditahan reman selama enam hari bermula semalam sehingga Ahad ini dan kes disiasat di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” jelasnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI