fbpx

Suarez ikar robek gawang Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUAREZ bakal kembali ke Anfield, namun kali ini untuk membantu Atletico menewaskan Liverpool awal pagi esok. – AFP

MADRID – Penyerang Atletico Madrid, Luis Suarez percaya dia dan rakan sepasukannya sudah bersedia untuk menewaskan Liverpool pada aksi Liga Juara-Juara di Anfield awal pagi esok.

Suarez, 34, bakal diturun­kan dalam kesebelasan utama menggantikan tempat Antoine Griezmann yang dilayangkan kad merah ketika tewas 2-3 kepada Liverpool di Wanda Metropolitano pada 20 Oktober lalu.

Bekas bintang Barcelona dan Liverpool itu menegaskan, mereka tidak boleh melakukan sebarang kesilapan kecil yang mampu menghukum pasukan seperti dilakukan oleh jentera serangan The Reds sebelum ini.

“Anda tidak boleh lakukan sebarang kesilapan walaupun cuma mili saat dalam saingan Liga Juara-Juara kerana ia boleh mengundang padah kepada pasukan anda.

“Anda juga tidak boleh jejaskan fokus dan tumpuan sejak permainan bermula hingga tamat. Itulah yang terjadi kepada kami ketika menentang Liverpool, lebih-lebih lagi selepas Griezmann diarahkan keluar padang.

“Setiap pasukan ada ke­lebihan dan kelemahan, sama seperti Liverpool. Kami perlu menyerang kelemahan mereka dan jadikan ia sebagai kelebihan kami untuk perlawanan kali ini,” kata Suarez.

Biarpun tewas bulan lalu tetapi skuad bimbingan Diego Simeone itu mempunyai rekod cemerlang ke atas Liverpool dengan kemenangan 1-0 dan 3-2 sewaktu kedua-dua pasukan bertemu pada pusingan 16 terbaik tahun lalu.

Selain itu, Atletico juga dilihat sudah kembali ke landasan sebenar selepas menang 3-0 ke atas Real Betis, berbanding Liverpool yang sekadar seri 2-2 dengan Brighton baru-baru ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI