fbpx
DANESH RAJ lantang menyuarakan pandangannya pada satu permasalahan ketika sesi Parlimen Belia sebelum ini.

Amanah besar BOD muda di universiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BAGI membolehkan suara anak muda dalam kalangan mahasiswa universiti lebih didengari dan diberi perhatian sewajarnya, mereka memerlukan seseorang yang memahami jiwa dan aspirasi mereka.

Justeru pelantikan Ahli Lembaga Pengarah (BOD) universiti-universiti yang turut melibatkan generasi muda berusia 20-an, antaranya di Universiti Malaya dan Universiti Malaysia Pahang amat tepat dan kena pada masanya.

Mahasiswa juga pastinya lebih selesa mengutarakan setiap masalah dialami kepada golongan seusia mereka berbanding BOD lebih berumur.

Situasi ini membolehkan BOD muda tersebut menyelami setiap permasalahan dialami oleh pelajar.
———————————————————————————————————————-
SELEPAS menamatkan pengajian di Universiti Malaysia Pahang (UMP) pada 2017, pemuda berusia 26 tahun itu memilih untuk bergelar seorang usahawan.

Madyasir Ahmad Basir menubuhkan sebuah syarikat pembekal tenaga kerja yang dikenali sebagai AAB Group yang berpusat di Bandar Seri Alam, Masai, Johor.

Pada masa sama, pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer itu dilantik oleh kerajaan negeri sebagai Ahli Majlis Bandaraya Pasir Gudang sejak tahun lalu.

Meskipun mempunyai tanggungjawab sebagai pengarah urusan dan ahli majlis kerajaan tempatan, namun hati Madyasir sentiasa dekat dengan mahasiswa di UMP.

Sebagai bekas graduan UMP, dia sering mengambil maklum setiap permasalah yang diutarakan oleh mahasiswa untuk diketengahkan kepada pihak pengurusan.

Tugas itu dilakukan secara sukarela atas kapasitinya sebagai alumni, sehinggalah Madyasir mendapat kejutan terbesar dalam hidupnya Julai lalu.

Pihak pengurusan UMP telah sepakat melantik Madyasir sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah (BOD) untuk tempoh tiga tahun mendatang.

Pelantikan tersebut juga sekali gus menjadikan Madyasir sebagai BOD universiti awam termuda di negara ini.

“Saya sama sekali tidak pernah terfikir mendapat jawatan BOD ini. Pada mulanya, saya berasa seperti tidak percaya dapat memegang jawatan sebesar ini di universiti.

“Apabila UMP memberi peluang ini atas kapasiti sebagai alumni, saya mengambilnya sebagai satu cabaran dan tanggungjawab,” katanya ketika ditemu bual K2 baru-baru ini.

Secara umumnya, tugas BOD dalam mesyuarat lembaga pengarah adalah untuk menyelia dan membicangkan kegiatan sesebuah syarikat serta pertubuhan.

MADYASIR (kiri) menerima sijil pelantikan sebagai Ahli Majlis Bandaraya Pasir Gudang pada usia 25 tahun.

Kuasa mesyuarat lembaga pengarah di universiti berkisar mengenai pembuatan dasar, perundangan, pelantikan, kewangan, kehakiman dan pembangunan.

Hakikatnya, pelantikan Madyasir sebagai BOD UMP juga berdasarkan penglibatan aktif dalam kampus sepanjang bergelar mahasiswa.

Dia pernah menjawat beberapa jawatan penting sewaktu bergelar mahasiswa seperti Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) serta Ahli Parlimen Belia.

Pelibatan aktif Madyasir itu telah melayakkannya mendapat pengiktirafan seperti Anugerah Tokoh Siswa UMP dan Anugerah Pelajar UMP (Kategori Kepimpinan) pada 2017.

Menurut Madyasir, pelantikannya sebagai BOD dianggap bertepatan dengan dasar kerajaan yang ingin melihat lebih ramai orang muda terlibat dalam pentadbiran tertinggi.

“Saya melihat pelantikan sebagai BOD di universiti merupakan perkara paling mudah untuk orang muda melibatkan diri dalam pentadbiran.

“Sebenarnya peluang orang muda ini terhad dalam politik mahupun pentadbiran
kerajaan kerana kita masih melihat pada pengalaman serta seniority,” jelasnya.
Mengulas mengenai kelebihan UMP melantiknya sebagai BOD, Madyasir memaklumkan, dia boleh menjadi orang tengah antara mahasiswa dan pihak pengurusan.

Jelasnya, mahasiswa juga pastinya lebih selesa mengutarakan setiap masalah dialami kepada golongan seusia mereka berbanding BOD lebih berumur.

“Sebagai orang muda, pastinya pihak pengurusan UMP mahu saya lebih dekat dengan mahasiswa. Situasi ini membolehkan saya menyelami setiap permasalahan dialami oleh pelajar.

“Selepas pelajar kembali ke kampus, saya akan lebih kerap turun ke UMP bagi mendengar setiap masalah mereka untuk dibawa ke dalam mesyuarat BOD,” tegasnya.

Sepanjang 100 hari sebagai BOD UMP, Madyasir berjaya menganjurkan sebuah program mega yang dikenali sebagai UMP Power Career Week bulan lalu.

DANESH RAJ menyifatkan pelantikannya sebagai BOD UM satu amanah besar.

Program maya yang dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail itu membolehkan mahasiswa belajar ilmu berkaitan alam pekerjaan.

“Program ini sebagai persediaan mahasiswa sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Alhamdulillah, ia berjaya menarik penyertaan 600 pelajar,” jelasnya.

Berbeza pula kisahnya dengan Danesh Raj Nagarajan, 27, yang menyifatkan pelantikan sebagai BOD Universiti Malaya (UM) pada minggu lalu merupakan satu amanah besar.

Pemegang Ijazah Sarjana Seni Persembahan di UM itu berkata, pelantikannya ke jawatan tersebut sangat wajar memandangkan penglibatan aktifnya di dalam dan luar kampus selama ini.

“Siapa yang kenal, pasti tahu saya seorang mahasiswa aktif. Saya pernah pegang jawatan dalam MPP, Presiden Kolej Kediaman dan Ahli Parlimen Belia.

“Saya fikir, penglibatan aktif selama ini berjaya menarik minat pengurusan UM untuk memberi peluang kepada saya dilantik sebagai salah seorang BOD,” tegasnya.

AKTIF dalam kokurikulum membolehkan Madyasir menerima Anugerah Tokoh Siswa UMP & Anugerah Pelajar Kategori Kepimpinan pada 2017.

Pada masa sama, dia juga terlibat aktif dengan pelbagai program tanggungjawab sosial korporat dalam membantu golongan memerlukan ketika pandemik Covid-19.

Danesh Raj menambah, jawatan diberikan itu datang dengan amanah dan dia perlu membuktikan pemilihannya sebagai BOD adalah tepat, sekali gus menutup mulut pengkritik.

Ujarnya, terdapat segelintir pihak kurang berpuas hati terhadap pelantikannya disebabkan faktor usia, pengalaman dan status pendidikan.

“Saya tidak boleh cepat melatah dengan setiap kritikan. Saya perlu bekerja keras untuk membuktikan pelantikan ini tidak salah.

“Saya berpendapat, perlu ada wakil BOD orang muda dalam universiti. Ini menjadikan mesyuarat BOD lebih menarik apabila ada idea-idea baharu daripada anak muda,” tegasnya.

Selepas dipilih sebagai BOD UM, pemuda berasal dari Lembah Klang itu tidak menunggu lama untuk turun padang bagi mendengar masalah pelajar.

Pada masa sama, dia turut mendekati pemimpin pelajar seperti MPP, presiden kolej dan persatuan anak-anak negeri bagi mendapatkan input.

Sewaktu sesi itu, Danesh Raj telah mengenal pasti beberapa isu yang boleh diketengahkan kepada pihak pengurusan pada mesyuarat akan datang.

“Antara rintihan pelajar adalah berkaitan masalah rawatan pada lewat malam. Jadi, saya akan mencadangkan kepada pihak pengurusan universiti supaya klinik 24 jam dibina dalam kampus.

“Saya tidak menetapkan sebarang sasaran sepanjang menjadi BOD, sebaliknya ingin memastikan kualiti hidup mahasiswa dalam kampus dapat ditingkatkan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN