fbpx
Ayob Khan menunjukkan kenyataan berbentuk penghinaan oleh seorang lelaki terhadap Sultan Johor dalam sidang akhbar di IPK Johor, Johor Bahru hari ini.

Pengecat kereta hina Sultan Johor diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Tindakan seorang pengecat kereta sambilan membuat naik kenyataan jelik berunsur penghinaan terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di laman sosial Twitter miliknya membawa pada apabila ditahan polis kelmarin.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, suspek yang berusia 42 tahun itu ditahan di kediamannya di Ulu Tiram pada pukul 9.25 malam.

Menurut beliau, lelaki itu bagaimanapun dilepaskan setelah keterangannya diambil bagi membantu siasatan.

“Pada 8 Oktober lalu, polis Johor menerima laporan daripada Ketua Unit Media Pejabat Komunikasi dan Keluarga Diraja Johor berkaitan satu kenyataan di akaun Twitter bernama zion74rey@reymizion74 pada pukul 2.03 petang.

“Hantaran berkenaan mengandungi kenyataan berunsur penghinaan terhadap Sultan Johor dan institusi Diraja Johor,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Tambah Ayob Khan, lelaki berkenaan mempunyai dua rekod lampau bersabit kes ceroboh dan khianat.

Katanya, polis turut merampas peralatan dan peranti yang dipercayai digunakan suspek untuk membuat posting berkenaan termasuk satu unit komputer, satu telefon bimbit dan satu unit adapter. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN