fbpx
Ketua UMNO cawangan Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk memberi keterangan berhubung kes pusat judi. - Foto SHIDDIEQIIN ZON

Jamal sedia beri tunjuk ajar pada KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos hadir ke Bukit Aman hari ini bagi memberi keterangan susulan memorandum berhubung aktiviti perjudian haram yang diserahkannya kepada pihak polis minggu lalu.

Kehadiran beliau ke Bukit Aman turut ditemani beberapa individu termasuk peguamnya dan dilihat tiba kira-kira pukul 3.45 petang.

“Saya telah dihubungi oleh Bukit Aman untuk hadir memberikan keterangan tentang siasatan ke atas memorandum yang telah saya serahkan kepada pihak polis minggu lalu dan saya berterima kasih kepada Ketua Polis Negara kerana amat prihatin dengan isu tersebut.

“Memorandum berkenaan adalah tentang permohonan agar siasatan ke atas laporan yang telah saya buat pada tahun 2016 berhubung aktiviti perjudian haram di sekitar Selangor dibuka semula,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bukit Aman di sini hari ini.

Menurut Jamal, beliau turut menawarkan diri untuk memberikan tunjuk ajar kepada pihak polis dalam usaha membanteras dan sekaligus menangani masalah perjudian.

“Saya sudi menawarkan diri untuk memberikan tunjuk ajar kepada Ketua Polis Negara walaupun beliau seorang yang sangat berpengalaman.

“Saya mohon pihak Polis Diraja Malaysia untuk mengambil perkhidmatan yang saya tawarkan secara percuma ini,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan kehadiran Jamal ke Bukit Aman.

“Saya mengesahkan kehadiran beliau (Jamal) ke Bukit Aman untuk diambil keterangan.

“Siasatan kini sedang dilakukan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI