fbpx
Pegawai SPRM membawa sebahagian suspek bagi mendapatkan permohonan reman di Mahkamah Shah Alam semalam.

Kaut RM22,000 urus orang mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Lima kakitangan jabatan forensik sebuah hospital di Selangor yang ditahan berhubung kes rasuah pengurusan jenazah dipercayai mengaut untung kira-kira RM22,000 dalam tempoh dua tahun sejak tahun 2019.

Satu sumber berkata, petugas kesihatan Gred 19 hingga Gred 29 itu menerima habuan RM300 hingga 400 bagi setiap jenazah daripada ejen mengikut jenis-jenis kematian.

Bagi kes kematian biasa, suspek yang berusia 34 hingga 44 tahun dikatakan menerima bayaran RM300, manakala RM400 bagi yang meninggal dunia akibat penyakit berjangkit seperti Human Immunodeficiency Virus (HIV) dan Covid-19.

Pemeriksaan mendapati, lima suspek itu bertugas lebih 10 tahun dalam perkhidmatan awam.

Berita berkaitan: 5 staf hospital direman komplot rasuah urus jenazah

“Berdasarkan siasatan awal, dianggarkan kira-kira 70 jenazah beragama Islam telah diuruskan oleh suspek dan ejen melibatkan proses mandi, kafan dan solat.

“Nilai rasuah bagi satu-satu jenazah pula berbeza antara RM300 dan RM400 mengikut jenis kematian,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Terdahulu, Mahkamah Majistret di sini semalam membenarkan permohonan reman selama lima hari ke atas lima suspek tersebut bagi membantu siasatan.

Berita berkaitan: Kaut untung bisnes orang mati

Permohonan reman itu dibenarkan Majistret Ellyna Othman bagi membolehkan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terperinci ke atas kelima-lima penjawat awam tersebut.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan lima suspek tersebut dan memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Kosmo! menerusi dua siri pendedahan pada 7 Julai dan 22 Julai lalu membongkarkan mengenai pihak yang didakwa mengambil kesempatan me­nga­ut keuntungan dengan cara menawarkan perkhidmatan pengu­rusan jenazah pada kadar RM2,000 hingga RM5,000.

Sindiket terbabit didakwa dilakukan secara terancang bermula dari proses memandikan sehingga kepada pengebumian dengan sasaran utama adalah jenazah warga asing yang beragama Islam.
Malah kematian tinggi akibat Covid-19 khususnya di Lembah Klang turut digunakan sindiket dengan mengenakan caj tinggi bagi menguruskan jenazah termasuk pengurusan tayamum.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN