KOTA BHARU – Syarikat emas terkenal di Pantai Timur, Makmur Gold bakal membuka kilang pengeluaran rekaan emas milik sendiri di Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan, Pahang dengan anggaran pelaburan bernilai RM 100 juta tahun depan.
Pengerusinya, Hishamuddin Abdullah berkata, pihaknya menjadi syarikat bumiputera pertama di negara ini yang berani melabur dengan jumlah yang besar untuk membuka kilang pengeluaran berasaskan emas.
Menurut beliau, sudah tiba masanya Makmur Gold sebagai pelopor jualan emas di negara ini melebarkan sayap perniagaan dengan membina sebuah kilang lebih besar yang besar dan canggih.
“Buat permulaan, Makmur Gold telah mengadakan kerjasama dengan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia Berhad (Sirim) Pahang untuk membangunkan kilang berteknologi tinggi itu.
“Kerjasama ini melibatkan pelbagai aspek antaranya penyediaan geran khas, mesin canggih, pensijilan dan pengawalan kualiti,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas sesi lawatan Pengarah Sirim Pahang, Mazlina Manshor ke kilang prosesan emas baharunya di Makmur Gold di Jalan Temenggong dekat sini baru-baru.
Turut hadir Pengarah Sirim Bhd. Pahang, Mazlina Manshor.
Buat masa ini, sebuah kilang kecil di Jalan Temenggong telah dibina oleh Koperasi Makmur Gold dengan menelan kos lebih RM250,000 dan beroperasi 90 peratus secara manual.
Seramai 30 tukang emas bekerja di kilang tersebut yang menghasilkan pelbagai bentuk rekaan emas sebanyak dua kilogram seminggu.
Mengulas lanjut mengenai pembukaan kilang terbesar Makmur Gold itu, Mazlina berkata, Sirim akan menyediakan dana khas, premis sewaan, bantuan teknologi dan inovasi dalam pengeluaran emas Makmur Golf yang lebih bermutu dan eksklusif.
Katanya, syarikat itu dilihat sebagai penggiat industri emas berpotensi besar yang mempu meluaskan perniagaan ke peringkat dunia.
Home » Makmur Gold labur RM100 juta bina kilang di Kuantan
Makmur Gold labur RM100 juta bina kilang di Kuantan
- Oleh KOSMO!
- 24 Ogos 2020, 12:35 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BERITA BERKAITAN

‘Siapa sudi beli durian, kami jual murah-murah’
8 Julai 2025, 8:30 am

Inovasi hijau ubah e-sisa kepada emas
8 Julai 2025, 8:23 am

Peniaga air kelapa cedera, gerai dirempuh Proton Saga
5 Julai 2025, 2:53 pm

Kilang kitar semula terbakar, 70 peratus musnah
3 Julai 2025, 10:08 am

Ajal warga emas dalam ladang durian
2 Julai 2025, 9:39 pm

Dividen KPF 2024 6%
2 Julai 2025, 4:35 pm

Kilang farmaseutikal di India terbakar, 39 maut
2 Julai 2025, 11:02 am

Kilang terbakar: Pemilik tanah diambil tindakan
1 Julai 2025, 2:24 pm