fbpx

Lima PPV di JB tawar vaksin secara ‘walk in’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PPV Midvalley Southkey antara lima PPV dibuka untuk vaksinasi Covid-19 secara 'walk in' bermula hari ini hingga Jumaat ini.

JOHOR BAHRU – Sebanyak lima Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di daerah ini dibuka untuk mendapatkan vaksin secara terus atau ‘walk in’ dengan menawarkan 3,200 dos suntikan sehari mulai hari ini hingga Jumaat ini.

Pegawai Daerah Johor Bahru, Datuk Abdul Rahman Salleh berkata, inisiatif itu bagi mempercepatkan proses pemberian vaksin Covid-19 kepada penduduk di bandar raya ini.

Katanya, langkah tersebut juga sekali gus mencapai sasaran 100 peratus penduduk daerah ini untuk sekurang-kurangnya untuk menerima dos pertama pada bulan ini.

“Inisiatif vaksinasi ‘walk in’ ini bagi memberi ruang kepada penduduk yang masih belum mendapat janji temu dan belum mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera.

“Ia termasuk penduduk yang tercicir untuk mendapatkan dos kedua atas sebab-sebab tertentu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 3,200 dos suntikan sehari ditawarkan kepada yang terawal mengikut pecahan di setiap PPV yang dibuka bermula pukul 10 pagi hingga 4 petang.

Katanya, PPV yang terlibat bagi ‘walk in’ ini ialah PPV Taman Nusantara yang mempunyai kapasiti 300 dos sehari, PPV Iskandar Malaysia Studio (500 dos sehari), PPV Midvalley Southkey (1,000 dos sehari) dan PPV Taman Mawar (400 dos sehari).

Mengikut data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) sehingga 11.59 malam tadi, Johor merekodkan 92.1 peratus sekurang-kurangnya menerima satu dos manakala 69.5 peratus populasi dewasa yang sudah lengkap vaksinasi. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI