fbpx

Kedutaan Jepun keluarkan amaran ancaman pengganas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Kedutaan Jepun di Malaysia telah mengeluarkan amaran kepada warga negaranya berkenaan kemungkinan wujudnya ancaman pengganas di Asia Tenggara.

Seorang pegawai dari kedutaan ketika mengesahkan perkara itu berkata, amaran itu dikeluarkan pagi ini kepada semua warga Jepun yang berada di negara ini.

“Kementerian Luar Jepun menasihati semua rakyat negara itu sama ada yang berada di Indonesia, Filipina, Singapura, Malaysia, Thailand dan Myanmar agar mengelak daripada berada berdekatan dengan kemudahan keagamaan dan kawasan-kawasan sesak lain.

“Kami mengeluarkan nasihat tersebut selepas menerima arahan dari Tokyo,” katanya tanpa memperincikan lebih lanjut berhubung perkara itu.

Pada masa sama, menurut pegawai itu lagi, buat masa ini terdapat kira-kira 31,000 warganegara Jepun tinggal di negara ini.

Amaran itu memetik laporan perisikan dan kemungkinan terdapat serangan ke atas rumah ibadat dan tempat perhimpunan besar-besaran di rantau ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI