fbpx
Antara individu yang ditahan dalam serbuan Ops Noda semalam. /FOTO IHSAN PDRM

Lapan individu terlibat aktiviti pelacuran dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seramai lapan individu termasuk lima wanita warga asing ditahan polis kerana disyaki terlibat dengan kegiatan pelacuran dalam serbuan Ops Noda ke atas sebuah hotel di Jalan Pudu Ulu di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Saiful Annuar Yusoff berkata, serbuan dibuat pada pukul 4.45 petang oleh sepasukan polis dari Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

“Wanita warga asing yang ditahan berusia 25 hingga 40 tahun yang disyaki terlibat dalam kegiatan pelacuran di premis berkenaan, tiga lagi tahanan merupakan lelaki tempatan berusia 20 hingga 36 tahun yang merupakan pelanggan.

“Pasukan serbuan turut merampas 13 keping kondom, lima helai tuala, tiga botol minyak pelincir, kad akses dan wang tunai berjumlah RM1,070,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, kesemua suspek yang ditahan akan dipohon reman hari ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 atas kesalahan melakukan aktiviti pelacuran selain tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

“Orang ramai diberi amaran agar tidak terlibat dengan sebarang kegiatan pelacuran dan tindakan tegas akan diambil terhadap penganjur, pemilik premis, pekerja atau pelanggan dalam usaha memerangi kegiatan pelacuran secara total di ibu negara,” tegas beliau. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN