KUALA LUMPUR – Pemandu lori yang merempuh lima kenderaan sehingga menyebabkan sebuah kereta Perodua Myvi remuk teruk ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan.
Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, lelaki berusia 25 tahun itu ditahan reman bermula hari ini hingga Jumaat.
“Suspek ditahan bagi membantu siasatan kes yang disiasat di bawah Seksyen 44 ( 1A ) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” ujarnya ringkas sebentar tadi.
Dalam kejadian semalam kira-kira pukul jam 2.40 petang, lori yang dipandu laju suspek hilang kawalan sebelum merempuh dua Perodua Myvi dan masing-masing Proton X70, Honda HRV dan Peugeot 208 FL yang berhenti di lampu isyarat merah.
Berita berkaitan: [VIDEO] Lori sondol enam kereta, king ‘penyek
Rempuhan itu mengakibatkan seorang pemandu Perodua Myvi berusia 45 tahun cedera ringan dan ditempatkan di zon hijau, Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.
Pemandu kenderaan lain sudah menerima rawatan dan tiada kecederaan serius dilaporkan.
Polis turut mengesahkan pemandu lori tersebut positif dadah. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929














