fbpx

[VIDEO] Lori sondol enam kereta, king ‘penyek’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemalangan membabitkan beberapa kenderaan selepas dirempuh sebuah lori di Jalan Ipoh petang tadi.

KUALA LUMPUR – Beberapa buah kenderaan mengalami kerosakkan selepas dirempuh sebuah lori di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh di sini petang tadi.

Kejadian kira-kira pukul 3 petang tersebut telah dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kereta yang memaparkan dengan jelas mengenai insiden tersebut.

Video berdurasi 45 saat itu menunjukkan kira-kira tujuh buah kenderaan telah terlibat dalam kejadian tersebut antaranya Perodua Myvi, Honda HRV, Kia Sorento dan Proton X70.

Rempuhan terbabit turut menyebabkan sebuah kereta Proton X70 melanggar sebatang pokok dan terangkat ke atas bersama Honda HRV akibat rempuhan tersebut.

Keadaan mangsa yang terlibat dan punca kejadian tidak dapat dipastikan.

Difahamkan, kenyataan polis berhubung kejadian akan dikeluarkan dalam masa terdekat. – K! ONLINE


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI