fbpx
Pasangan bosan dan meluat melihat wajah pasangan sepanjang masa ketika PKP.

Meluat lihat muka pasangan ketika PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Pasangan suami isteri yang menghabiskan masa bersama terlalu lama sehingga 24 jam sehari di rumah mampu mewujudkan ketegangan dan pergaduhan kecil yang akhirnya menyebabkan berlakunya perceraian.

Peguam syarie, Mardhiyyah Johari berkata, sejak pelaksa­naan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac tahun lalu, rakyat diarahkan untuk ‘berkurung’ di rumah bagi mengelakkan penularan Covid-19 dalam komuniti.

Menurutnya, kebanyakan penjawat awam serta pekerja swasta juga hanya bekerja dari rumah sepanjang tempoh total lockdown.

“Sepatutnya keadaan ini boleh mengeratkan hubungan suami isteri, namun sebaliknya berlaku kepada sebahagian pasangan yang mungkin menyebabkan rumah tangga mereka bergolak,” katanya kepada Kosmo!.

Mardhiyyah memberitahu, beliau telah menerima pertambahan sekitar 40 peratus aduan perceraian semasa PKP berban­ding sebelum pandemik berlaku.

Katanya, majoriti pasangan adalah dalam kalangan orang muda berusia 35 tahun ke bawah serta berusia 40 tahun ke atas.

“Kebanyakan daripada kes ini (pergaduhan kecil dan tidak kese­fahaman) sudah bermula sebelum PKP lagi, namun bertambah serius apabila PKP dilaksanakan kerana pasangan perlu bersama di rumah sepanjang hari,” ujarnya.

Mardhiyyah berkata, pasa­ngan terlibat juga kebanyakan­nya mempunyai masalah komunikasi, karakter yang buruk seperti panas baran atau kaki pukul selain memiliki orang ketiga.

“Bagi mengekalkan ketena­ngan dan kelangsungan rumah tangga, suami isteri perlu saling bekerjasama dan tidak hanya mengharapkan satu pihak.

“Suami atau isteri juga perlu menenangkan pasangan atau tidak memberi tekanan selain sentiasa berkomunikasi supaya tidak berlaku salah faham,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN